Gambaran Peta aliran

Peta aliran mengikut Harris (1999) "boleh digunakan untuk menunjukkan pergerakan hampir apa sahaja termasuklah perkara yang nyata seperti manusia, produk, sumber asli, cuaca dan sebagainya serta perkara yang tidak ketara seperti pengetahuan dan bakat. Ia dapat menunjukkan hal-hal seperti:[2]

  • Apa yang bergerak, mengalir, berpindah dan sebagainya.
  • Apa arah aliran itu bergerak dan/atau apakah sumber dan tujuannya.
  • Berapa banyakkah ia mengalir, dipindahkan, diangkut dan sebagainya.
  • Maklumat umum tentang apa yang mengalir dan bagaimana ia mengalir.[2]